Tuesday, September 20, 2011

PENICILLIN

Tidak dijual di farmasi maupun kedai sinseng. Ibuku menyebutkan mengenai ubat untuk menyembuhkan luka itu. Penicillin. Sejak kecil aku sudah mendengarnya. Kalau ada luka-luka, ubat itulah yang dicari. Dulu, ia dijual di kedai-kedai kampung. Namun, sejak dewasa ini, aku tidak pernah dengar lagi ia menjadi ubat pilihan. Khabarnya susah mahu dapat. 

Seorang teman sekolah memberitahuku bahawa penicillin di Sandakan ini hanya boleh didapati di Pasar Besar. Ia dijual oleh peniaga-peniaga barangan kosmetik dan jamu. Ia dikenali sebagai penicillin Filipina. Katanya barang seludup. 

Aku pergi membelinya kelmarin dan dapatlah 10 biji. Buat mengubati luka bisulku yang merimaskan.


No comments: