Friday, November 8, 2013

Anak Madraza Karamunting Laut.

Abdul Rauf bin Jiah dan Anwar Sadat bin Jiah, dua beradik yang belajar di Madarasah Karamunting Laut.  berumur 11 tahun dan tujuh tahun. Kedua-duanya lahir di Filipina. Ibu ayahnya bercerai. Mengikut ayahnya datang ke Sabah dan bermastautin di Sandakan. Sementara ibunya tinggal di Filipina bersama 2 orang lagi.

Sungguhpun Abdul Rauf itu kalau mengikut umur persekolahan di Malaysia berdarjah lima, dia lebih baik daripada sesetengah murid sekolah kebangsaan yang hanyut dalam pelbagai kemudahan. Bacaannya lancar dan otaknya pintar, pandai berkomunikasi dan boleh menceritakan kisahnya bila ditanya.

Aku teringat murid-muridku di sekolah tajaan kerajaan yang ada tidak tahu membaca sungguhpun sudah naik darjah lima. 

Thursday, November 7, 2013

Keluargaku di zaman dulu


Aku Bersama Aruah Bapa


Saturday, November 2, 2013

Hj.Yusuf masuk wad.

Hari ini, kami jemaah masjid Al-Fajr, melawat Hj. Yusuf  di wad HDOK. Beliau merupakan salah seorang ahli jemaah yang istiqamah dengan masjid Al-Fajr. Semoga Allah memberikannya kesembuhan yang segera.