Tuesday, September 20, 2011

PENICILLIN

Tidak dijual di farmasi maupun kedai sinseng. Ibuku menyebutkan mengenai ubat untuk menyembuhkan luka itu. Penicillin. Sejak kecil aku sudah mendengarnya. Kalau ada luka-luka, ubat itulah yang dicari. Dulu, ia dijual di kedai-kedai kampung. Namun, sejak dewasa ini, aku tidak pernah dengar lagi ia menjadi ubat pilihan. Khabarnya susah mahu dapat. 

Seorang teman sekolah memberitahuku bahawa penicillin di Sandakan ini hanya boleh didapati di Pasar Besar. Ia dijual oleh peniaga-peniaga barangan kosmetik dan jamu. Ia dikenali sebagai penicillin Filipina. Katanya barang seludup. 

Aku pergi membelinya kelmarin dan dapatlah 10 biji. Buat mengubati luka bisulku yang merimaskan.


Saturday, September 17, 2011

Dari bisul

Beberapa hari ini bisul tumbuh di betis kiriku. Mungkin makan ketupat rendang dan buras berlebihan.

Friday, September 9, 2011

Media-Alat pemanas air

Hari ini, aku mengambil keputusan untuk membeli sebuah alat yang boleh menjana air panas untuk kegunaan dapur.Harganya ialah RM225.00