Pada 29hb Mei hingga 31 Mei 2025m aku bersama keluargaku mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC. Kami bertolak jam 4.00 pagi pada hari Khamis dan solat Subuh di R&R Bukit Semanggol. Aku memandu kereta X50 merentas lebuh raya Plus Utara Selatan. Di R&R Bukit Semanggol aku bertembung dengan Mustafa yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur juga untuk penerbangan hari Sabtu ke Vietnam bersama isteri dan anak bongsonya. Aku kuga bertemu Syahril dan Syukri (Suami Roshita) yang merupakan guru SK Kulim Hi-Tech. Meeka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur-Melaka membawa murid-muird sekolah mereka dalam perjalanan rombongan sekolah.
Perjalanku tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi Jumaat. Aku sesat mencari jalan di Kuala Lumpur. Demikianlah setiap kali aku masuk Kuala Lumpur. Aku termasuk ke jalan Istana Negara.
Aku terus bersama anak dan ieteri ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku. Parking Full.
Akhirnya aku Parking kereta di tepi jalan berhampiran Surau Perkim. Dari situ kami mengambil langkah berjalan sampai ke PWTC.
Meninjau hari Jumaat, orang memang ramai. Alhamdulillah...rakyat Malaysia masih merupakan rakyat yang mencintai buku. Produk bacaan masih mengambil tempat di hati ramai orang.
Anakku mengambil kesempatan membeli buku-buku yang diminatinya. Biasalah, remaja meminati buku-buku genre novel. Aku lebih kepada buku-buku ilmiah dan penulisan akademik.
Selepas itu, menjelang petang aku dan keluarga pulang ke jalan TAR mencari hotel penginapan. Meninjau di AGODA tentangh nama hotel, aku memilih untuk pergi ke hotel OYO Gtand Orchade. Harga semalam adalah RM160. Walaupun agak mahal melebihi jangkaanku, kami ambil juga dna kereta perlu diparking agak jauh iaitu di sebelah Jackel Mall.
Jalan TAR tidak lagi menarik untuk membeli belah. Aku berkata kepada isteri, akan datang kita tidak perlu lagi tinggaal di hotel kawasan jalan TAR berdekatan Masjhid India. Kita cari sahaja kawasan lain.
Membeli buku sehari tidak memberi kepusan kepada anakku. Esoknya Jumaat, kami pergi lagi ke PWTC. Kali ini parking lebih dekat. Dalam Kawasan berpagar mytang menjadi parking pengunjung, kami mendapat lot parking di antara sekian banyak parking. Masuk ke dalam dengan menggoreskan kad debit. Anakku bertemu rakannya dari Perlis dalam kesempatan kali ini. Aku melangut sahaja lebih . Malas hendak meninjau beli buku lagi. Sampai masuk waktu jumaat.
Solat Jumaat di PWTC dilakukan dilegar yang dikatakan bersambung dengan surau. Namun, aku tidka puas hati kerana tidak mendengar bunyi suara khutbah maupun takbir imam Macam tak sah sahaja perasaanku solat jumaat yang sedemikian.
Sebab itu kemudiannya, aku solat jamak Zohor dan Asar semula di Masjid MARDI Serdang apabila aku singgah di sana dalam perjalanan ke pameran MARDI di MAEPS.