Sempena cuti Depavali selama seminggu, aku berkesempatan membawa keluarga melancong ke Pulau Pangkor dan bermalam di sana satu malam. Kami bertolak pada tanggal 18 Okt dan balik pada 19 Okt. Perjalanan pergi aku kebingungan memilih jalan hingga mengambil susur keluar Ipoh dari lebuhraya Utara Selatan. Jaraknya jauh . Namun, semasa balik aku telah menggunakan wave dengan lebih cekap dan balik ikut jalan melalui Pantai Remis dan tembus ke Changkat Jering sebelum naik lebuh raya Utara Selatan. Jaraknya sekitar 174 KM untuk sampai ke Kulim.
Di Pekan Lumut, parking kereta bertingkat dikenakan charge 0.60 sejam. Aku parking lebih 24 jam. Kena charge RM16.00.
Di depan pintu masuk jeti telah siap menanti promoter penginapan dan pengangkutan di Pulau Pangkor yang peramah. Kerana peramahnya mereka, para pelancong yang berhajat ke Pulau Pangkor akan tersangkut dengan mereka dan membeli pakej yang ditawarkan. Aku mengambil pakej hotel dengan pengangkutan dengannya, Hotel Palma beach Resort di Teluk Nipah dan kereta kacil. Masing-masing bernilai RM100.00. Dia juga tawarkan pakej snorkeling dan menjelajah pulau-pulau sekitar dengan kos RM100.00. Aku menolak yang itu kerana tidak berminat.

Tempat Penginapan adalah di Palma Beac Resort dengan kadar RM100.00 sehari |
Sampai di jeti Pulau Pangkor, van-van teksi banyak di sana. Anda akan ditanya dengan peramah oleh para pengusahanya untuk menghantar anda ke lokasi pilihan. Khabarnya, kalau mahu ke Teluk Nipah, bayarannya ialah RM20.00. Oleh kerana aku sudah tempah kereta sewa, aku pun menalifon pemiliknya. Syahrul namanya. No tel adalah:0147596030. Syahrul telah siap meninggalkan kereta di depan balai Bomba berhampiran dengan kunci dalam kereta. Tinggal aku masuk kereta dan start serta pergi penginapan yang telah ditempah.
Palma Beach Resor terletak di Teluk Nipah. Betul-betul dekat pantai, cuma dipisahkan oleh jalan yang berjejeran di tepinya gerai-gerai.
Kalau mahu sewa motosikal, kosnya sekitar RM40/RM30 sehari. Boleh naik menjelajah serata pulau dan tak payah pakai helmet. Aku nampak orang naik motosikal tak pakai helmet.
Kalau mahu sewa motosikal, kosnya sekitar RM40/RM30 sehari. Boleh naik menjelajah serata pulau dan tak payah pakai helmet. Aku nampak orang naik motosikal tak pakai helmet.
Masjid Seribu Solawat |
Di antara tempat lawatan mesti singgah ialah Masjid Terapung. Ia dikenali masjid seribu solawat. Di dindingnya tertera beraneka ragam solawat. Tidaklah aku tahu daripada mana datang bentulk solawat yang bermacam-macam itu. Di masjid ini berlaku satu pengalaman yang hampir mematahkan kegembiraanku. Aku tertinggal beg duit ikata pinggang semasa solat di sana. Bila balik ke pekan Pangkor dan mahu ambil duit di bank, baru aku sedar kehilangan beg duit itu. Lantas aku bergegas ke masjid itu semula. Mujur, dari pekerjanya, aku mendapat semula beg duit itu. Dia simpan dalam pejabat masjid. Terimakasihlah kerana menjaga beg duit saya.
Kota Belanda |
Pantai Bongak... |
Di Masjid Terapung ( Masjid Seribu Solawat) |
Di pantai Belantara Camp Resort |
Dari atas Menara Peninjau di Teluk Dalam |
Masjid Teluk Raja Bayang terletak dalam Pekan Pangkor |
Aku meninggalkan Pulau Pangkor sekitar jam 2.30 petang hari khamis. Kereta aku tinggalkan tempat aku hambil dan telefon syarul beritahunya. Orang nama syahrul itu pun aku tak jumpa . Perjalanan merentas selat ke Lumut sekitar 40 minit. Orang ramai setiap trip masuk dan keluar. Khabarnya, itu cuma suasana musim cuti.