Sunday, October 4, 2026

Jumpa Thoha Rizman di Masjid Kg Datuk

 Thoha Rizman ni budak Taman Fajar. Zaman akundi sana dulu, selalulah bersama di Mashid Fajar  dia bersama remaja di sana dalam aktiviti masjid. 


Hari ni jumpa dia keluar dakwah 40 hari

Kebetulan hari ni solat jenazah Pakda Lan di Masjid Kg Datuk.

Sunday, June 1, 2025

TRIP PBAKL 2025

 Pada 29hb Mei hingga 31 Mei 2025m aku bersama keluargaku mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  yang diadakan di PWTC. Kami bertolak jam 4.00 pagi pada hari Khamis dan solat Subuh di R&R Bukit Semanggol. Aku memandu kereta X50 merentas lebuh raya Plus Utara Selatan. Di R&R Bukit Semanggol aku bertembung dengan Mustafa yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur juga untuk penerbangan hari Sabtu ke Vietnam bersama isteri dan anak bongsonya. Aku kuga bertemu Syahril dan Syukri (Suami Roshita) yang merupakan guru SK Kulim Hi-Tech. Meeka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur-Melaka membawa murid-muird sekolah mereka dalam perjalanan rombongan sekolah.

Perjalanku tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi Jumaat. Aku  sesat mencari jalan di Kuala Lumpur. Demikianlah setiap kali aku masuk Kuala Lumpur.  Aku termasuk ke jalan Istana Negara.



Aku terus bersama anak dan ieteri ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku. Parking Full.

Akhirnya aku Parking kereta di tepi jalan berhampiran Surau Perkim. Dari situ kami mengambil langkah berjalan sampai ke PWTC.

Meninjau hari Jumaat, orang memang ramai. Alhamdulillah...rakyat Malaysia masih merupakan rakyat yang mencintai buku. Produk bacaan masih mengambil tempat di hati ramai orang. 

Anakku mengambil kesempatan membeli buku-buku yang diminatinya. Biasalah, remaja meminati buku-buku genre novel. Aku lebih kepada buku-buku ilmiah dan penulisan akademik.

Selepas itu, menjelang petang aku dan keluarga pulang ke jalan TAR mencari hotel penginapan. Meninjau di AGODA tentangh nama hotel, aku memilih untuk pergi ke hotel OYO Gtand Orchade. Harga semalam adalah RM160. Walaupun agak mahal melebihi jangkaanku, kami ambil juga dna kereta perlu diparking agak jauh iaitu di sebelah Jackel Mall.

Jalan TAR tidak lagi menarik untuk membeli belah. Aku berkata kepada isteri, akan datang kita tidak perlu lagi tinggaal di hotel kawasan jalan TAR berdekatan Masjhid India. Kita cari sahaja kawasan lain.

Membeli buku sehari tidak memberi kepusan kepada anakku. Esoknya Jumaat, kami pergi lagi ke PWTC. Kali ini parking lebih dekat. Dalam Kawasan berpagar mytang menjadi parking pengunjung, kami mendapat lot parking di antara sekian banyak parking. Masuk ke dalam dengan menggoreskan kad debit. Anakku bertemu rakannya dari Perlis dalam kesempatan kali ini. Aku melangut sahaja lebih . Malas hendak meninjau beli buku lagi. Sampai masuk waktu jumaat.

Solat Jumaat di PWTC dilakukan dilegar yang dikatakan bersambung dengan surau. Namun, aku tidka puas hati kerana tidak mendengar bunyi suara khutbah maupun takbir imam Macam tak sah sahaja perasaanku solat jumaat yang sedemikian.

Sebab itu kemudiannya, aku solat jamak Zohor dan Asar semula di Masjid MARDI Serdang apabila aku singgah di sana dalam perjalanan ke pameran MARDI di MAEPS.











Friday, October 20, 2023

Melencong ke Wang Kelian

Sambil menunggu anak habis kelas Tuisyen di SMKAP Alawiyah, bawa diri dan isteri ke Wang Kelian( Juga Padang Besar dan Gua Kelam). Sekadar mengisi masa.....










 

Tuesday, October 10, 2023

No friend everlasting


 Nurfatiha Firdaus and Nur Auni Syafiqah

Sunday, October 8, 2023

Ayish Aqif the busy boy


 When i at SKSS, this boy take attendance of 6 Syakirin....i shoulf remember this....

Marzidah the teacher


 

Noraldawiyah the mysterious student....


 Only i know what happen in the last summer....hahaha....

Sobri Lang


 Sobri , Cgu SKSS yang berdomisil di Sg Petani

Monday, July 24, 2023

Guru Ustaz


 

Monday, November 14, 2022

ZIARAH MASJID NABAWI NOV 2022

 



Antara 5 Nov hingga 16 Nov 2022, aku menyertai travel umrah bersama Syarikat Travel Al-Balad. Bersamaku, isteri dan anak anakku Zamila serta mentua dan adik kakak ipar. Orang kampung Barokhas dan Pedu banyak yang turut sama. Pakej umrah dengan kos RM7490 ini boleh dikatakan berbaloi.

Alhamdulillah.....

Thursday, December 16, 2021

ZIARAH PAKLONG WANG

 


Dah menjangkau 94 tahun

Mekcek...anak paklung wang ...kalau almarhum mak masih hidup...mereka sebaya

Sunday, July 11, 2021

Rindu kampung halaman

Tuesday, June 25, 2019

Saturday, March 3, 2018

Ustaz Nasir

Jumpa Ustaz Nasir Ganu dan keluar minum.....
Beliau masih mengusahakan ubernya.

 

Makan malam di Bandaraya Warisan Persisir Air

Setelah selesai urusan kenduri kahwin ....esok pagi blaik Kedah.

Thursday, October 19, 2017

MELANCONG KE PULAU PANGKOR

Sempena cuti Depavali selama seminggu, aku berkesempatan membawa keluarga melancong ke Pulau Pangkor dan bermalam di sana satu malam.  Kami bertolak pada tanggal 18 Okt dan balik pada 19 Okt. Perjalanan pergi aku kebingungan memilih jalan hingga mengambil susur keluar Ipoh dari lebuhraya Utara Selatan. Jaraknya jauh . Namun, semasa balik aku telah menggunakan wave dengan lebih cekap dan balik ikut jalan melalui Pantai Remis dan tembus ke Changkat Jering sebelum naik lebuh raya Utara Selatan. Jaraknya sekitar 174 KM untuk sampai ke Kulim.

Di Pekan Lumut, parking kereta bertingkat dikenakan charge 0.60 sejam. Aku parking lebih 24 jam. Kena charge RM16.00.

Di depan pintu masuk jeti telah siap menanti promoter penginapan dan pengangkutan di Pulau Pangkor yang peramah. Kerana peramahnya mereka, para pelancong yang berhajat ke Pulau Pangkor akan tersangkut dengan mereka dan membeli pakej yang ditawarkan. Aku mengambil pakej hotel dengan  pengangkutan dengannya, Hotel Palma beach Resort di Teluk Nipah dan kereta kacil. Masing-masing bernilai RM100.00. Dia juga tawarkan pakej snorkeling dan menjelajah pulau-pulau sekitar dengan kos RM100.00. Aku menolak yang itu kerana tidak berminat.




Tempat Penginapan adalah di Palma Beac Resort dengan kadar RM100.00 sehari
Sampai di jeti Pulau Pangkor, van-van teksi banyak di sana. Anda akan ditanya dengan peramah oleh para pengusahanya untuk menghantar anda ke lokasi pilihan. Khabarnya, kalau mahu ke Teluk Nipah, bayarannya ialah RM20.00. Oleh kerana aku sudah tempah  kereta sewa, aku pun menalifon pemiliknya. Syahrul namanya. No tel adalah:0147596030. Syahrul telah siap meninggalkan kereta di depan balai Bomba berhampiran dengan kunci dalam kereta. Tinggal aku masuk kereta dan start serta pergi penginapan yang telah ditempah.


Palma Beach Resor  terletak di Teluk Nipah. Betul-betul dekat pantai, cuma dipisahkan oleh jalan yang berjejeran di tepinya gerai-gerai.

Kalau mahu sewa motosikal, kosnya sekitar RM40/RM30 sehari. Boleh naik menjelajah serata pulau dan tak payah pakai helmet. Aku nampak orang naik motosikal tak pakai helmet.


Masjid Seribu Solawat


Di antara tempat lawatan mesti singgah ialah Masjid Terapung. Ia dikenali masjid seribu solawat. Di dindingnya tertera beraneka ragam solawat. Tidaklah aku tahu daripada mana datang bentulk solawat yang bermacam-macam itu. Di masjid ini berlaku satu pengalaman yang hampir mematahkan kegembiraanku. Aku tertinggal beg duit ikata pinggang semasa solat di sana. Bila balik ke pekan Pangkor dan mahu ambil duit di bank, baru aku sedar kehilangan beg duit itu. Lantas aku bergegas ke masjid itu semula. Mujur, dari pekerjanya, aku mendapat semula beg duit itu. Dia simpan dalam pejabat masjid. Terimakasihlah kerana menjaga beg duit saya.


Kota Belanda



Pantai Bongak...
Di Pantai Bongak, aku terserempak Cikgu Mufaddhil, anak Pak Lang Ail yang dulunya pernah mengajar di sekolah agama Al-Khairiyyah, Barokhas. Dia juga sedang bercuti dengan keluarganya di Pangkor.





Di Masjid Terapung ( Masjid Seribu Solawat)

Di pantai Belantara Camp Resort
Aku memilih untukl mandi manda di Pantai berhampiran dengan Belantara Camp. Aku tidak pasti apa nama pantai itu. Tapi ia tidak jauh dari Pantai Teluk Nipah.
Dari atas Menara Peninjau di Teluk Dalam


Masjid Teluk Raja Bayang terletak dalam Pekan Pangkor
Aku meninggalkan Pulau Pangkor sekitar jam 2.30 petang hari khamis. Kereta aku tinggalkan tempat aku hambil dan telefon syarul beritahunya. Orang nama syahrul itu pun aku tak jumpa . Perjalanan merentas selat ke Lumut sekitar 40 minit. Orang ramai setiap trip masuk dan keluar. Khabarnya, itu cuma suasana musim cuti.

Thursday, July 27, 2017

One Upon A Time


Friday, November 8, 2013

Anak Madraza Karamunting Laut.

Abdul Rauf bin Jiah dan Anwar Sadat bin Jiah, dua beradik yang belajar di Madarasah Karamunting Laut.  berumur 11 tahun dan tujuh tahun. Kedua-duanya lahir di Filipina. Ibu ayahnya bercerai. Mengikut ayahnya datang ke Sabah dan bermastautin di Sandakan. Sementara ibunya tinggal di Filipina bersama 2 orang lagi.

Sungguhpun Abdul Rauf itu kalau mengikut umur persekolahan di Malaysia berdarjah lima, dia lebih baik daripada sesetengah murid sekolah kebangsaan yang hanyut dalam pelbagai kemudahan. Bacaannya lancar dan otaknya pintar, pandai berkomunikasi dan boleh menceritakan kisahnya bila ditanya.

Aku teringat murid-muridku di sekolah tajaan kerajaan yang ada tidak tahu membaca sungguhpun sudah naik darjah lima. 

Thursday, November 7, 2013

Keluargaku di zaman dulu


Aku Bersama Aruah Bapa